Princess in the house

Alhamdulillah. akhirnya, mamarifqy ni tergerak nak hapdate blog yang memang tak brape nak comel ni. sawang dah penuh. standard la kan? asal lame xbuke blog, mst duk berceriter pasal sawang2. hahahahah....

Permulaan update, Nak tepet gambar puteri mama. Dlm blog ni banyak cter pasal rifqy, sikitt pasal iyad and now Illy Nur Naylaa. Harap mama 3I ni makin rajin la ye pasni. Sekarang illy ni dah 5bln lebih. 4hb3 ni dah masuk 6bulan. alhamdulillah

Kami berjubah di pagi raya

Raya dah nak habis, baru terhegeh nak letak gambar raya. Takpe la kan? Nak gak tepek picture raya sekeping. Tu pon susah sangat nak dapatkan shoot. yang ni je gambar yang paling ok kot utk gambar berempat. Time raya ni, masing2 comey blake. Peel anak2 pon comey2 blake. Kejap si abg ok. Kejap xok. Adik meragam. Abg ok. Lagi haru biru bile dua2 meragam. rasa macam nak kunci duk dalam bilik je. Tak mo raya2. hahahhahahaa.....

Ni anak baru 2 kan? dah haru biru. Mak pak kene la bijak handle anak2. Biasa la tu. Kadang2 darah naik sampai kepala nak marah. Masih lagi buat2 senyum. Dugaan anak syurga mama nie. Cuma yg lega sikit, bile iyad meragam, mmg die nak kat baba die. Alhamdulillah. memang xleh berenggang langsung dr baba. Carik baba 24 jam. Nak baba dukung. Mujur la die nak baba die. kalau die nak mama die, tak ke lagi haru??

Mau patah pinggang dukung budak 13kilo tuu.Berattt..


Tengok iyad tuu...tak senonoh. Tak macam gaya pakai jubah.
Ni baba die la ni. Tak perasan anak terselak macam tu skali. Sume gambar berempat macam ni.
Redha je laa..Ni je time anak2 ok. 

Alhamdulillah. Semua selamat insha allah

Hari yg penuh mendebarkan. Pegi klinik. Checkup. Scan kat klinik. DR still cakap kecik. Perut kecik. Ukur tinggi rahim macam preggy 32 weeks je sedangkan skang dah 36weeks6day. Huhuu...
Bile sca, estimate berat bb lebihkurang 2.3kg.

So nak xnak kene refer pakar kat hospital. Pukul 12tghari td. Nurse siap pesan, ready la kalau kene warded. Bawak barang siap2. Kalau ok je, boleh balik. Kalau xok, kene warded. Uwaaaa...dalam hati terpikirrrrr..hah. Nak kene warded dah ke? Banyak lagi keje2 tak settle. Huhuuuuu.....

Sampai turn scan kat hosp, dub dub. Berdebar kemain. Dr scan. Dr cakap ok je baby. Air ketuban cantik. Sume cantik je. Tanya mcm2. Sorg lagi DR mai tgk. Ok je katenyee. Lega....alhamdulillah.

Dah.xyah bimbang2. Xyah dtg sini dah. Datang kalau bb kurang gerak atau ade tanda. Checkup kat klinik yg biasa pegi je. Baby awak ok. Dalam hatiii, senyum2.......alhamdulillah....

Oh sblm kuar, smpat lagi tanya, DR, brape estimate berat bb saya? Now 2.3kg. Ok lah tu. DR senyum...

Alhamdulillah. Harap semua ok. 


##### Adikbaby ok kan mama??? 

Harap dipermudahkan urusan

Pagi2 kol 7.10 dah bertapak kat klinik. Tetibe lak dapat kol dr klinik suh datang pagi utk scan lagi. Actually kene scan dengan DR pakar O&G. Tapi xdapat tarikh lagi. So before dapat tarikh, Dr kat klinik nak scan skali lagi utk tgk pembesaran baby.

Pregnant kali ni mslh baby kecik. Kandungan xbesar macam sblm ni. Huhuu.bimbang jugak sbnarnya. Bile scan, sume ok cuma tang berat je yg kurang. Selalu pk positif, ala..baby kecik. Dulu abg2 baby mmg besar. Tapi hatii mak2 kan? Tetapp nervous bile Dr kate kecik dr spatutnya. Takut la ade mslh lain. Mase checkup 35weeks. Berat baby hanya 1.8kg..huhuuu....so now nak kene scan lagi utk tgk adikbaby ni mcmana..huhuuu...

Harap sume ok. Dan dipermudahkan segala urusan. Doakan sy ye kawan2.

Come back

Terasa macam nak buat comeback. Nak berblog semula. Lame dah senyap dan sunyi dari blog.

Bile tgk kawan2 blog yg masih aktif, rasa macam semangat tu datang balik. Insha allah. Mane lah tau kan? Sempena anak no 3 nak kluar ni, tup2 jadi rajin nak menulis. Sape tau kan?

Dulu mase anak 1st, berblog aktif, sampai la anak ke2. Eh entah2 ade kawan2 blog xsedar pon yang mamarifqy ni nak ade no3 dah. Hahahahahhaha...now tengah tunggu mase. Already 37weeks+++

Ok lah. Nanti pas2ni nak rajinkan diri berblog. Harap masih ade yg sudi menjengah. 😘😘😘😘😘


Demam Hati Perempuan


Addicted sangat dengan #hatiperempuan. Yuhanis dan Tengaku Zaril.
 Before ni addicted dengan Teman Lelaki Upahan. Tamat #TLU ni terjebak dalam Hati perempuan lak. Dah start jatuh cinta bermula episod 1 lagi. 
Every day rasenyer tak sabar2 nak balik nak kejar cter ni.



Mimpi Saya

Assalamualaikum semua.
Dah lama bermimpi utk aktifkan balik blog ni. Tapi takde kekuatan. Opismate Ziana asyik duk perli je sbb blog ai dah berhabuk. Jenuh nak vakum ni.
Dah banyak kali kene perli ngan suami. hahaha...ha nampak sangat suami i is my stalker. kan kan ?

April. April sumenyer berubah. GST dah start. Majoriti memang sangat TAK SETUJU. Tapi apalah daya kita kan? Terpaksa redha rakyat2 marhaen ni. April. Saya dah 18weeks pregnancy. Alhamdulillah. Syukur atas anugerah ini. Walaupon ramai yg cakap...baby kecik lagi. Especially mymom. hehehhe...Ayat familiar dr mak...

" mak bukan ape.Mak siang ke na je. Dah la anak2 na mmg jenis nanges mase kecik2. Iyad pulok bukan main buah lagi...."

Nampak tak?? Mak concern sangat kan? hehehe.....Iyad? Memang iyad aktif terlajak. Mulut banyak sangat bdk ni. Insha Allah iyad gudboy kan? Iyad sayang bb kan? Walaupon hakikatnya iyad ni sangat kuat jeles. huhuuu...Apepon harap anak2 mama ni sume membesar sihat walafiat. Amin.

#pasni sambung lagi menulis..hehhehehe....




sape anda sekarang?

Kalau la sekarang ni saya bukan seorang tutor kat satu kolej swasta.
Agak2 ape la kerja saya sekarang.

Saya kerja kat sini since habis degree. My first job. My first experience.
Dulu mase mula2 masuk kerja sini, badan memang kurus keding. Saya seorang yang tinggi dan berat mase tu hanyalah 53.5kg. After 9years kat sini...beratttt semakin bertambah dengan jayanyer.
Nape lah agaknyer ye. Happy? bahagia? Stress?

Semua ade. Semua dalam SATU. Mustahil la kan kalau tak stress langsung. Tapi saya jenis manusia yang still boleh hadap stress dengan adanya rakan2 seperjuangan yang best. Tu yang paling penting. Masalah lain ? sila tolak tepii....

huhuuuu.....nape la tetibe mlm ni duk merapu pasal keje..

Kalau la saya bukan seperti saya sekarang...hurmmm...mungkinkah saya seorang polis?? hahahhaha

Oh ya..jangan tak percaya..saya pernah isi borang utk jadi inspektor polis...hohoooo...


Jom share. Bila anak boleh berjalan?

My boy iyad zhariif dah masuk 13 month. Alhamdulillah. Iyad sihat walafiat. Samgat aktif. Oooppss terlebey aktif suda. Bab makan memang kalah semua orang. Asal nampak je plastik. Meraung sesungguh hati. Wpon hakikatnya plastik tu ade buku. Atau ape sahaja..

Tapi kan....percaya x yang iyad ni masih xboleh bjalan.Berdiri lepas tangan dah boleh. Tp nk melangkah tuuuu... Nampak sgt takut. Huhu.
Dulu abang iqy. Cukup 12mth dah boleh bjalan. Lain anak, lain cara kan?
Yang penting anak sihat.

Jom share. Anak korang bjalan umur brape tahun ek??


Welcome September - rindu banyak2

Assalamualaikum.

Welcome September yang awesome.

Lupa dah nak menulis macamane. Tu la akibatnya, bila dah lama sangat tak membebel kat blog.

Rindu nak blogwalking.
Rindu nak baca entry2.
Rindu nak mengomen.


#gambarpenyerii
#hai auntie2


Selamat berpuasa

Assalamualaikum semua.

Lama sangat dah tinggalkan blog yang dah kusam ni. Masuk ramadhan ni, maksudnya dah hampir setahun blog ini macam xde penghunk. Kesian sungguh.hahahahhha..

Sempena ramadhan, saya nak minta maaf andai ade terkasar bahasa. Tersakit hati.
And selamat menyambut ramadhan. Semoga ramadhan kali ini lebih berkat. Jom same2 perbanyakkan amalan

Semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas.
Tahun lepas, saya pantang. Tahun ni alhamdulillah.
Tapi awai2 ni cik red flag da datang. Huhuuuuuuu....

Amboii garang adik iyad. Pic semalam bawak anak2 pi beli groceries. 

Haa muka ada senyummmmm....


Chipsmore.Kejap ade,kejap tiada

Salam. Macam chipsmore la saya ni. Kejap ade. Kejap hilang. Entah la. Niat nak menulis tu sangat tebal dalam diri. Tapi memang tak sempat langsung.

Sejak ade anak 2 ni, kucar kacir waktu malam saya. Macamana la gayanyer kalau ade anak 4 atau 5. Huhu...Skang ni after balik je umah. tak sempat buat ape2, terus terlelap. Masak pon kadang2 on kadang2 off. Ikut mood. Iyad ni pulak sangat banyak akaii. Huhu.Mencabar. Oh anak ke 2 saya. 

Mak saya kata ni kuat menanges masa preggy. Budak manja. Menanges sokmo. Tapi kan, mane la ade nanges sangat pon mase preggy.Huhu.Iyad ni memang budak yang suka nanges. Sekarang umor die dah 9mth++, tapi still nanges and tak nak kat orang lain. haru sangat kan? 
adoii..jenuh mama nak oii ! Kadang2 stress jugak. Tapi tu la,budak2 kan? nak marah pon tak boleh. Budak2 bukan tahu apepon. yang die tahu..menanges. Merengek. Nak mama dukung.
Mama je dukung, hokey !! Bukan baba. Tapi mama.Uwaaaa..nanges mak. 

Thats why la, bila malam, mama memang akan collapse awai. Nak hapdate blog? takde maknanya. Nk bukak laptop? memang payah sangat.huhuu....Oh iyad..anak ke2 mama yang baik...






Ini la budak banyakk akaii sangat.
Putera ke2 mama yang baik.Yang soleh. Yang cheeky.
Apepon, bila time die galok, memang rase nak gigit2 mulut die tu. Time nanges x hengattt !!

Im back..

Assalamualaikum.. 

Im back ! Poyo la sangattt maliana ! Hahhahaha...

Macam mimpi lak tetibe menulis. Dah berbulan- bulan menyepi dari menulis. Sayang pulakk kalau nak inactive terus blog ni. Banyak kenangan dalam blog ni. 

Lemauuu sangatt nak update. Korang xde ek perasaan macam saya ni? Mood nak menaip pon yilllek. Tapi ni gigih menAip jugak..insha allah nak merajinkan diri after this. Hopefully. Ok.

Utk permulaan, nak tempek latest pic mylil heroes. Dah besar dah pon. Iyad dah nak masuk 8 bulan. Means dah hampir 8 bula  kot saya xaktif blog. Kikiki



### pasni nak update lagi......heheheehhe

Heart melting. He's 3 Years and 11 Month

Lama sangat dah saya tak update blog ni. Blog yang dak kusam ni. Tak dan sungguh nak update. Kalau ikutkan, time malam2 boleh je nak update, tapi selalu flattt awal malam2.
Kat opis mmg sangat bizi la. Sebab new sem dah start.And tambah lak kena ajar new subject, so need preapration. jenuh mak studyy ! kalah anak murid...
Mujur la anak murid rajin mai kelas. Kalau xx, keciwaaaa la saya !!!

Nak share gambar abg rifqy. Gambar ni ambik masa kat kedah aritu. haishh..Mane entry kedahnyerr?? Mane entry adik ipar kawen? Mana entry berjimba di QueenbayMall? mana entry jumpa kak Gieyana ?? Sambut menantu umah mil ? adoiii...banyak sangattttt entry pendam.



Heart Melting tengok senyuman abang rifqy. 
Masa ni mood ni sangat baikk nak gambar.
Sebab baba die main cak cak belakang tiang.
Suka sangat la die.. =)

Bye bye penang


Hari ni last day di penang. Pagi ni akan bertolak balik ke kuala trg. Long journey. Long travel this holuday. Kuala trg ke kedah ke penang n balik kuala trg . Fuhhhh.... Penat n mencabar travel ngn baby kecik..


Welcome to kedah ! Ho yeahhh




Hari ni bermula perjalanan kami ke kedah. Adik ipar kawen kat kuala neram rasenyer. Jumaat akad nikah. Sabtu majlis dipihak pompuan. 


1st time bawak iyad jalan jauh. Hopefully ok la. Jangan cranky2 yer baby !! Abang iqy kan ader.... Hehehhe....

# teringat zaman blajar dulu kat kedah !! Kat kolej mara kulim ! Lama dah xjejakkan kaki ke kedah nunnn.....

Hari terakhir FBI di hotfm

Rasanya sape2 yang memang hardfan FBI atau hotfm mesti dah tahu yang hari ni hari last fbi kat hotfm. Hari ni gigih bangun pagi2, oopss mmg everyday bangun pagi sb bambam mmg akan kejutkan mama ! Bangun2 pagi ni, terus bukak tv and carik channel 8tv... Carik??? Nampak sangatt tak pernah bukak pon be4 ni...


Yang gambar kat bawah ni, adalah parody simple dimple lagu as long as you love me !!!! 




# pasni xde dah fbi... Huhuhuuu.......

Jom tengok jejaka perasan

Malam tadi saya ade sembng2 ngan rifqy. Sambil die duk godek2 enpon mama tengok gambar iyad...


Perasannnn sangattt la kamoo ni rifqy.. Baby comel macam dier ! Kahkahkahh...Kamo comel ke nak oooiii ?? Hahahaaaa.......pastu siap ambk gambar sendirik sambil sengih2 buat aksi, lagi perasan ni....



# macam cantek jer. Macam comel jer !! HahahAah....gambar mama pon dia ambk tapi xleh letak la kan sbb gambar xpakai tudung.. Siap cakap...mamA, senyum sikitt mama ! Hohooo

Cium mulutt anak !

Sengih dan marah versi si bambam mama !!! Gerammm nengok iyad ni.....bambam sangatt. Paling geram tengok mulut die time mengagah ! Time sengihhh. Kemain lagi dia ngangaa.Memang jadi mangsa cium..cium mulutttttt dierrrrr !! Ooppsssss........cium mulut anak, apa salahnya kan?? Sbb geram........




# Tak ke geramm tengokkkkk mulut si iyad nii????

Makan bersama bff saya

Actually entry dah lapuk ni. Scroll balik gambar2 dalam iphone ternampak gambar masa g umah bff, sue+serol..kami mmg suka makan2. Lepak dan makan2. Tapi dah jarang sangat skang ni. Almaklumla, bile dah ade anak kecik bb ni, payah sket nak kuar malam2..tak berani nak kuar malam2 takut bb meragam..

# tuan rumah. Sue ngan safiyya !! Thanx sue sbb selalu masak2... I likeee loooo


#ikan stim !!! Sedappp...tapi disebabkan mood abg iqy yang agak cranky, ilang mood makan tapi tetapp licinnnnn


# ditambah lak dengan buduuu.... Lagi meletopp la..

# thanks again  sue ngan sero sbb masak2...lenkAli leh datang lagikkk....bestkan lepak2 makan2 ngan kawan2.. Actually saya mmg suke masak  n makan simple2 kat umah ngan kwn2. Kawan2 opis kerr.tapi skang dah jarang, esp sejak ade iyad ni.......walaupon masak tak delah best sangatt, tapi percayalah, rezeki yang dikongsi ngan org lain akan lebih berkat....kannn???