KAJI JENIS DARAH ANDA....

Jenis Darah Refleksi Peribadi

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan

personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut
di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang
mengalir di|
dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai

keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?


DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan
kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga
sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin
dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya
menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat
tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki
sifat |cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam
persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu
sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri
mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk
bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang
ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori
individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada
kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak
mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan
jugaperlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih
selesadengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah
individu yang terlalu jujurdan lebih gemar berterus terang dalam apa jua
perkara. Dalammelaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannyadenga cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri
dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah
individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar
berdikari dan tidak gemar memintabantuan orang lain itu, mampu mendatangkan
masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri
sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh
menyelesaikannya secara bersendirian

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB
ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan
individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.
Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap
menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki
dalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat
keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk
diri kamu sendiri.

No comments:

Post a Comment