Ya ALLAH, Lindungi kami semua...

Sekarang ni rasanya tiap2 hari akan ade je berita mengenai banjir. ANd ofcourse la banjir ni memang sinonim ngan pantai timur..

Dan...................Semalam menerima khabar lak yang Ribut Tropika Sonamu bakal muncul pada 8 Jan ni and Terengganu antara salah satu negeri yang kena berjaga-jaga. 

Ramai dah yang update pasal semua org sedang ambil langkah berjaga2 especially Hospitak Sultanah Nur Zahirah yang memang kat tepi pantai..Dengarnya, barang2 tingkat 1 dah dipindahkan ke tempat yang selamat. Begitu juga dengan patient..

Kite memang tak tau sejauh mana benarnya artikel yang kite baca online tapi tak salah kalau masing2 beringat and berjaga2 kan.
Mulai semalam pusat ramalan cuaca meramalkan Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air kita, Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h .

Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan hujan lebat peringkat kuning akan bermula esok bermula dari pukul 7.10 ptg sehingga ke hari rabu. Tropical Storm Sonamu telah menyebabkan satu kematian dan 500 kehilangan tempat duduk di Filipina.

Gambarajah di atas dari pusat penyelidikan cuaca menunjukkan kedudukan Sonamu yang sudah semakin dekat dengan Terengganu. Pada waktu ia mula-mula kelihatan, Sonamu dijangkakan akan bergerak terus menuju ke pantai timur Malaysia, tetapi keesokkanya kedudukan tersebut dijangka berubah ke Thailand. Dari peta di atas dapat kita melihat laluan Sonamu betul betul tepat ke arah Marang dan Dungun, kemudiannya di jangka melencong ke selatan


** Harapnya semua akan berlalu mcm tu jer. Harapnya kite2 semua akan berada di bawah lindungan ALLAH. So, ape2 pon skang ni, semua orang mmg kene beware. Macam banjir jugak kan, kawasan2 yang rendah mmg sentiasa kene berjaga2 time musim hujan ni..



5 comments:

  1. semoga semuanya selamat...sy pun risau jugak, suami ada kat dungun now..

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar. Takut ye dengar. Mudah mudahan kita semua dilindungi olehnya especially anak anak kita.

    ReplyDelete
  3. berjaga-jaga tu perlu.. sekurang-kurangnya kita dah bersedia dari awal..

    ReplyDelete