Oppsssss..video seks apakah>>>>
Jangan Salah PAHAMM..
Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh satu kumpulan yang enggan dikenali dan diketuai oleh seorang yang hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T'.
Menerusi video bertarikh 21 Februari lalu, aksi hubungan seks ahli Parlimen itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan.
Datuk T turut memiliki seutas jam tangan Omega yang dikatakan milik ahli politik itu yang didakwa diambil oleh wanita berkenaan semasa mengadakan hubungan seks pada tarikh tersebut dan menunjukkannya kepada wakil media sebagai bukti.
Menurut Datuk T, rakaman itu diperoleh apabila beliau diarahkan oleh ahli politik tersebut supaya mengambil jam tangan berkenaan.
"Saya diminta mencari jam itu di bilik hotel tetapi tidak menjumpainya. Ketika mencari di belakang laci meja solek saya terkejut apabila ternampak wayar berselirat.
"Saya cungkil laci yang berkunci itu dan mendapati ada empat kamera litar tertutup (CCTV) dan satu perakam tersembunyi di dalamnya," katanya.
Datuk T menambah, beliau mahu pemimpin pembangkang itu bersara daripada politik sekiranya tidak mahu video tersebut disebarkan kepada umum.
Justeru, beliau akan menyerahkan satu salinan video tersebut kepada ahli Parlimen itu serta isterinya dalam masa terdekat supaya mereka sendiri boleh mengesahkan identiti individu yang dirakam melakukan hubungan seks dengan pelacur yang berusia 20-an itu.
"Jika beliau dan isteri tidak berundur daripada politik dalam masa tujuh hari selepas menerima salinan video tersebut, saya akan menyerahkannya kepada satu panel pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli forensik bagi menentukan keaslian rakaman itu.
"Selepas itu baru satu dunia tahu siapa beliau dan mengapa saya melakukan semua ini? Saya sudah muak dengan segala pembohongan, cukuplah dan kini masyarakat awam perlu mengetahui perkara sebenar," tegasnya.
Bagaimanapun, Datuk T enggan menyerahkan salinan video tersebut kepada pihak media kerana khuatir ia akan disebarkan secara tidak bertanggungjawab.
Beliau juga tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab memasang CCTV berkenaan serta tujuan ia dipasang, namun percaya ia dilakukan oleh pihak pengurusan hotel kerana ahli politik tersebut dikenali ramai dan pernah terpalit dengan beberapa skandal seks sebelum ini
Sumber :
Hurmmm...Ntah laaaaaa...me nih jenis yang mmg tak ambik tahu sangat sal isu2nie..tapi biletimbul isu ini...
tergerak hati nak tahu..
Macam-macam skang nieee...PELIK.HAIRAN BIN AJAIB..
Ape komen korang??
hermm..hanya tuhan yg maha mengetahui..lepas ni kt tgu dan lihat je lah... hermmmm tak leh nk komen2 berlebih lebihan, mgkin ada pihak yg menyebelahi & tak menyebelahi kan.. so tepuk dada tya lah selera..hehe...
ReplyDeletepolitik ni sukar difahami...
ReplyDeleteno komen la Naa, maleh nak amik tau isu2 gini...
ReplyDeleteRasulullah dh kate, di akhir zaman nnt akn byk lah fitnah2...tgk berita pon byk fitnah...stakat nk tgk bleh. nk percaya tu atas diri masing2...w/pon org dh buktikan perkara tu bnr, adekah perkara itu sememangnye bnr???? yg pasti hanya Allah je yg tahu...
ReplyDeletemacam2 kes skrg ni, tak taulah mana yg betul dan mana yg tidak..semuanya org melayu yg terlibat..
ReplyDeletehaha..mls ifa psl benda nie..publisti btol..haha
ReplyDelete