Penagih Dadah Terengganu Meningkat 1,366.67 %

Penagih Dadah Terengganu Meningkat 1,366.67 Peratus


Hadoiiiiiiiiiiii.. Tengok tajuk pon da malu.

Jenayah makin banyak..yang penting..Penagih Dadah di TRG semakin banyak. % semakin meningkat! bukan meningkat sikit! banyak! Terlalu banyakkkk..sampai 1366.67% !!!

emm..Nape ek agaknya penagih dadah kat trg makin lama makin banyak???
antara penyebab? ape ekk ? ke sebab terlalu rajin.Terlalu kreatif.Terlalu bijak untuk nak jadi seorang doktor..Doktor sendirik!Doktor tak bertauliahh !! Isu dadah mmg panas skang nih .tak kira kat area mane kat kuala trg.sume da jadi sarang..

Bile da ramai sangat penagih..so bertamabh-tamabh la jenayah lain..kan? betul x ?Very Scared,ok!! rase macam tak selamat je..

KUALA TERENGGANU: Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu, Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

"Kita dapati daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah lain juga turut meningkat," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus keturunan Melayu manakala 78.53 peratus golongan belia berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine.

"Sebanyak 42.02 peratus daripada mereka mengaku mula terjebak dengan dadah disebabkan oleh pengaruh rakan," katanya.

Beliau berkata, sehingga bulan lalu, bilangan kes pemulihan dalam komuniti di Terengganu yang direkodkan seramai 3,266 orang.

Mereka terdiri bekas penagih yang menjalani pemulihan di institusi (266 orang), dijatuhkan hukuman oleh mahkamah (461 orang), dibebaskan dari penjara (2,477 orang) dan juga kes sukarela (108 orang) manakala dari jumlah berkenaan 97.89 peratus adalah lelaki.

Wan Addenan menasihatkan ibu bapa atau penjaga memberi perhatian yang serius kepada anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan gejala dadah.

Sementara itu beliau berkata, AADK negeri Terengganu akan membuka sebuah lagi Pusat Khidmat AADK di Besut bulan depan sebagai pusat rawatan dan pemulihan bagi penagih dadah.

Katanya sebelum ini AADK membuka pusat itu di Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu pada tahun lalu bagi membantu merawat dan memulihkan penagih daripada ketagihan dadah secara percuma.- Bernama

4 comments:

  1. er..adoi la..apaka??dorg xkeje kot kak..pastu dah xtau sgt nak watpe kan..shopping kompleks xde..asyik duk kat pantai je..teu kot dorg bosan kak..adeh..nasib la ifa xsllu kuar..duk kt umah je..haha

    ReplyDelete
  2. akak anak jati ganu tau... mmg memalukan jer... huhuhu!!!

    ReplyDelete
  3. Jln Penyelesaian ye adalah..
    Kembali Kepada Islam.. Iaitu Melaksanakan Hukum Berlandaskan Al-Quran dan Sunnah

    ReplyDelete