Wajarkah

SEDIH...Shahrul Nizam dan Mazliana bersama anak sulung menunjukkan gambar Noramirah.

PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri yang kematian anak berusia sembilan bulan pada 20 September lalu, dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan di pusat asuhan di Presint 18, di sini, mahu pengusaha pusat yang tidak berdaftar itu dikenakan tindakan tanpa mengira ‘bulu’ walaupun dia anak seorang kenamaan bergelar ‘Datuk’.

Bukan itu saja, pasangan terbabit kecewa kerana tidak ada sebarang tindakan tegas terhadap pengusaha pusat berkenaan walaupun insiden sama membabitkan bayi tersedak susu pernah berlaku pada Julai tahun lalu.

“Saya hairan mengapa tidak ada sebarang tindakan dilakukan walaupun kejadian sama pernah berlaku di pusat itu tahun lalu.

“Saya tidak tahu sama ada ia ada kaitan dengan pengusaha terbabit sebagai anak kepada seorang kenamaan menyebabkanya ‘kebal’ sehingga tidak ada sesiapa berani tampil bertindak terhadapnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Presint 9, semalam.

Difahamkan, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah mendapatkan maklumat berkaitan insiden berkenaan daripada Mazliana, pagi semalam.


3 comments:

  1. memang patut dikenakan tindakan supaya tak berulang..dah la tak daftar..tak kira la anak datuk ke?
    sangat sokong..

    ReplyDelete
  2. jangan pilih bulu....klu semua anak datuk tak bleh dikenakan tindakan...memang menimbulkan kemarahan...memang patutpun dikenakan tindakan...

    ReplyDelete
  3. tak der lesen??? cam mana berniaga ni??? haishhh...susah kan...apa2 pun kita doakan yg terbaik utk anak2 kecil ni...

    ReplyDelete