Cuti Bersalin 90 hari..best ke xx

Penjawat Awam Wanita Berpeluang Cuti Bersalin Bergaji Penuh 90 Hari

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Penjawat awam wanita di negara ini akan diberi fleksibiliti kemudahan mengambil cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari, berbanding 60 hari pada masa ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kemudahan, yang bertujuan menambah baik kemudahan cuti bersalin penjawat awam wanita, bagaimanapun tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan Cuti Bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

"Sememangnya pun, kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita. Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutamanya anak yang baru dilahirkan," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Najib berkata kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan, termasuk untuk memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita bersempena Hari Wanita mulai tahun depan.

Beliau berkata kerajaan telah merintis jalan dan membuka peluang kepada wanita berkelayakan memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam perkhidmatan awam, di mana pada akhir 2009, wanita yang memegang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) mencapai tahap 30.5 peratus.

"Justeru saya ingin menyeru pihak swasta memberi peluang kepada lebih ramai wanita mememang jawatan di peringkat pembuat keputusan, khususnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif," katanya.

Bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita sebagai pekerja separuh masa, Najib berkata kerajaan, yang telah menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Okt lalu mahu pihak swasta mengambil pekerja separuh masa wanita, terutamanya mereka yang telah berumah tangga.

Najib berkata kerajaan akan melaksanakan program perintis "Small Office Home Office" (bekerja dari rumah) untuk wanita kurang upaya selama tiga bulan bagi mereka dalam pelbagai bidang kemahiran.

Bagi membantu golongan wanita tidak berkemampuan dalam mendapatkan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal berkualiti anak-anak mereka, kerajaan akan menyediakan dan menjenamakan semula 40 buah Taska 1Malaysia, yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat, katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjalankan pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan dalam membantu golongan kurang bernasib baik.

Beliau berkata RM166 juta diperuntukkan untuk program bantuan kebajikan warga emas, yang dijangka meningkat melebihi 15 peratus daripada jumlah penduduk negara menjelang 2030, dan RM121 juta bagi program bantuan kanak-kanak dalam usaha membolehkan 97,000 kanak-kanak menerima perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal berkualiti.

Kerajaan turut memperuntukkan RM218 juta sebagai bantuan untuk dimanfaatkan oleh 80,000 Orang Kelainan Upaya (OKU), selain melaksanakan pengecualian duti eksais sebanyak 100 peratus ke atas kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU dan membina sebuah pusat intervensi bagi menangani golongan tunawisma (tiada tempat tinggal) dan gelandangan dengan menyediakan peluang pekerjaan, kemudahan perumahan dan kaunseling, katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM150 juta untuk meneruskan pemberian rebat bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Program yang diperkenalkan sejak 2008 itu memanfaatkan lebih satu juta pengguna di seluruh negara, katanya.

Pelepasan cukai sehingga RM5,000 yang sedia ada untuk perbelanjaan perubatan ibu bapa diperluaskan bagi meliputi perbelanjaan lain seperti bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluan harian mereka yang lain seperti lampin pakai buang, katanya.

For me laa..memang la suke kan?
tapi me pelik..nape ade certain wanita bekerjaya yang kurang setuju??huhu..me nih yang bekerja ngan swasta sangat jelezz tauuu..huhuhu..ingatkan sume stuju ngan cuti90 harii..tapi takk..

macamane me tau ade yang tak setuju? me dgr
hotFM aritu.yang Dato shahrizat datang HOTFm..cakap sal nih..
best kan cuti lame? leh duk lame2 ngan anak.best..leh Brest feed bb! waaaalllaaa..sweet memory,ok!!
chuupppp : me tak paham..ade gak yang Mommies ade perasaan MALAS nak bangun BF bb malam2..adoiiii..pelik la for me! ade la seseorang insan..bersuara pada saya..katenyeee :

siPOlan : na bangun la malam2..bagi susu kat Iqy?
saya : aaah laa..bangun laa..
si polan : tak BF sambil baring ke?
saya : mak na mmg tak kasi sangat.sbb takut na tertido..heheehe
sipolan..emm..bagus ar naaa..bangun untuk BF iqy..
sipolan : ______ malas nak bangun! husband yg bangun buat susu.
(means die malas nak bangun BF bb)

hadoii..bukankah sesuatu yang indah bile anak menyusu?
dulu me mmg tak bagi sambil baring,tapi now mmg bagi sambil baring je.sbb Iqy da besar.and me tak tertido laaa..hehe..so far,ok laaaa!!

~~~~ saya mmg suke BF Rifqy~~~~~~ ANDAAA????

10 comments:

  1. salam perkanalan mama iqy..
    sblum ni mmg jdik silent reader mama iqy ni.. tpi x pernah komen pun post2 mama iqy..
    tpi hri ni terdetik plak nk komen psl cuti bersalin 90 hri tu..
    mmg la di beri kemudahan tuk cuti 90 hari.. tpi diberi 300 hri je dlm perkhidmatan..90hari x 3 org anak= dah 270 hr. so ade baki 30 hari. tuk ank yg keempat kami kena pulak ambik cuti tnpa gaji.. so, dh merugikan perkhidmatan kami selama sebulan.. cukup ke dgn 3org anak? hmm.. cuti 90 hr tu mmg sesuai tuk org yg x nak ank rmai.. ptutnya kerajaan tambah 300 tu jdi 360 hri, bru la boleh beri cuti 90 hr pd kakitgn awm.. tapi tu sume bergantung pd pegawai awm juga.. kalo nak amik 60 hr pun xpe, leh beranak smapai 5 org.. heheh..sori mama iqy.. terpanjang lak hujah..

    ReplyDelete
  2. bab mls bgn mlm nk bf tu kita tk stuju...hehehe...kita time bf tisya dlu mmg tiap2 mlm bgn bf sebab kita tk pernh bf sambil baring

    bab cuti smp 90hari tu limit utk 3x je kalo 60 hari limit 5x bersalin...tp kalo my private company buat suka jugak...hehehehe

    ReplyDelete
  3. uih suka la sagt..kt xsure lg pos ikt ke x 90 hari tu..harap2 ikt la..hehe..

    haih ade gk org yg xsuka nk bg ank susu..especially bf..hmm..kesian ek..

    ReplyDelete
  4. memang best tapi alangkah bagusnye cuti bersalin tu ditukarkan cuti jaga anak masuk wad..sebab kalau anak masuk wad kena ambil cuti sendiri...:-(((

    ReplyDelete
  5. mmg best cuti lelama..dpt bf bby, dpt bersm lelama ngan bby..tapi cam kerajaan kalau amik cuti 60 hari leh bersalin 5 x, means 5 anak laa.. kalau amik cuti 90 hari jadi kurang sikit la anak kita..mgkin 3 or 4 org je kot..sbb cuti bersalin ni tak leh lebih 300 hari spnjang perkhidmatan..
    kalau nak lebih leh gak..tapi cuti tak bergaji laa..

    ReplyDelete
  6. saya pun heran nape org mlm nk bgn bf.
    saya pun bf sambil baring...tapi hati2 laa..
    rasa sedih sgt tak dpt bf amir lama..tak pe tunggu adek lahir bf lama.huhuhu
    suka dpt cuti 90 hari. kak suziey klu dpt sblum bln 12 laa..ohhoho

    ReplyDelete
  7. in short, kalau nak amik 3 bln maternity leave tu, max 3 anak ajer :) ramai yg tak sedar fakta tu sbb tak dihighlight

    ReplyDelete
  8. ramai sungguh yang bagi komen bernas nih....memang betul la..announcement cuti 90 hari tu dengar memang menyeronokkan...tapi bila disambung dengan tertaklum kepada cuti 300 hari sedia ada sepanjang dalam perkhidmatan jadi tak best balik la...better kita amik cuti 60 hari je..at least boleh amik untuk 5 orang anak...kalau guna sampai 90 hari lepas tiga kali beranak dah tinggal balance 30 hari je..kan ke rugi sebab dapat beranak sikit je...

    ReplyDelete
  9. hahaha ader plak yg kuar statement gini
    " _______ x nak cuti lelama nt cam BODO jer biler masuk kejer" tapi tu statemen org yg due date nyer tahun ni la...

    for me : sayer suka cuti 90 ari sbab ble duk lelamer ngan baby.... (^_^)

    ReplyDelete
  10. yela...300 hari tu devide by 5 60 hari..kalu amek 90 hari anak keempat n lima da kene cuti sendirik...bf ni bagus..i love bfkan rayhan..skang pon lom minum fm lagik..chayok2...pumping as much as u can=)

    ReplyDelete